CORETAN

Hanya sebuah coretan dari seorang yang hidupnya di dunia hanya sementara dan hanya pinjaman seketika.

Walaupun rase pahit ke? masin ke? masam ke? Perjuangan hidup mesti diteruskan selalu think +ve.
INSYAALLAH,jiwa kita akan tenang.. sebab apa?? sebab Allah sentiasa dekat dengan kita.. PERCAYALAH.. >(^.^)<

Isnin, 15 Oktober 2012

Memang Menduga Diri

Jam menunjukkan 7.00 pagi…

Dumm…dumm..  

Bunyi  seperti meriam. Tapi musim sekarang bukanlah musim perayaan, sebaliknya itu adalah bunyi guruh dari langit. Alhamdulillah, Allah menurunkan rahmatnya kepada umatnya yang sering memerlukan putarannya. Tidak selalu panas dan juga tidak selalu hujan. Seperti lagu jua, bak kata pepatah “di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari”, inilah rencah duniawi.
Dengan penciptaan yang sangat sempurna dari PENCIPTANYA Allah yang ESA. Terima kasih KEKASIH ABADIKU..

Pagi mundar mandir aku menjenguk ke tingkap, lalu bermonolog sendirian.
“Alamak, hujan. Lebat pulak tu. Boleh ke, hari aku drive kereta?”
Pengalaman untuk memandu kereta sendirian merupakan pengalamanku yang pertama.
“Yah, hujan lebat ni. Jangan lupa sarapan dulu.” Laungan emak memacahkan monolog sendirianku sebentar tadi.
Pagi-pagi seorang yang bergelar emak akan memastikan anaknya mengisi perut sebelum memulakan sesuatu kerja kecuali jika kita berpuasa.
“Baik, mak. Tapi nak gosok tudung dulu, nanti senang.” Aku menjawab pertanyaan emak.

Tanpa berlengah sekejap sahaja jam di dinding rumah menunjukkan pukul 7.25pagi. Aku bergegas turun tangga.
“Alamak kucing ni, manjanya.” Amel kucing emakku mahu meminta perutnya di isi juga dengan mengesut badannya ke kakiku. Aku memahami karenahnya manja.
“Sayang, cepat sini makan. Aku dah lambat jugak ni, amel makan ea?” Aku bercakap dengannya. Dan meninggalkan dia untuk makan sedirian.

Aku meluru menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum makan. Apa yang selalu aku kena amalkan adalah minum air kosong dahulu sebelum makan. Selepas itu, aku terus membuka tudung saji melihat apa yang emak sajikan dan terus makan. Jangan banyak komen apa yang emak masak, itu prinsip penat-penat emak masak, apa sahaja yang terhidang pasti aku makan. Terima kasih emak. Aku sayang emak.

Sedar tak sedar, jam sangat mencemburuiku.
Jam 7.35 pagi. Sekejap saja. Aku bersiap-siap untuk pertama kalinya akan memandu kereta yang diberi kepercayaan dari bos untuk ku bawa ke pejabat hari.

Hujan, mulai renyai. Hatiku tidak putus-putus berzikir memohon perlindungan dari ALLAH.
“Alamak kena keluarkan kereta abang dulu baru boleh guna kereta company” aku bermonolog sendiri.

Tak sampai beberapa minit, aku telah berada di dalam kereta company. Kereta Iswara lama.
Alhamdulillah, kepercayaan yang ku perolehi akan ku guna sebaiknya. Enjin telah aku hidupkan. Alhmadulillah sekali saja.

Bismillahirahmanirahim
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

Aku meluru dengan gear satu, selepas membaca doa, mata emah dan abah mengiringi pemergian ku ke menusur keluar ke jalan raya.
“Ya Allah permudahkanlah perjalananku” aku berbisik pada hatiku.

Perjalananku berjalan dengan lancer, tetapi setibanya di Pasir Penambang ke Jambatan Kuala Selangor, hujan semakin lebat,memang menguji diriku saat itu. Rasa mengelabah juga sebab keseorangan . dan tiba-tiba teringat pesanan Mr. Doc.
“Jika bawak kereta hilangkan perasaan gelabah dan cemas sebab akan membahayakan diri, lagipun kereta yang awak naik tidak ada power stereng. Hati-hati tau.” Begitulah pesanannya. Comelkan? 

Aku mula memperlahan kenderaan kerana banyak kenderaan untuk menghala ke selekoh. Aku pula mula memberi signal ke kanan untuk membelok dan menuju ke pejabat.

Alhamdulillah. Sampai juga.
Masuk pejabat dan punch card, itulah rutin dan peraturan pejabat masuk sebelum pukul 8.30 pagi, tetapi jam di tangan ku belum menunjukkan jam 8.30pagi sebaliknya jam 8.20pagi. telefon bimbit aku capai untuk memberi perkhabaran pada emak dengan ketibaan ku ke pejabat dengan selamat.

Laju tangan menaip, bukan panjang Cuma sekadar pemberitahuan.
“Emak, dah sampai ofis, Alhamdulillah” begitulah pesanan, ringkas dan padat.
Aku duduk dan menghidupkan aircond jua computer.

Tiba-tiba seorang lagi office mate ku Susan(bukan nama sebenar) datang.
Sejurus melihatku terus dia menyapaku yang sedang khuyuk melihat internet, pagi-pgi selalu akan buka facebook, membaca komen rakan-rakanku.

“Hari ni you mali bawak kereta mey. Ke sebab hujan hari ni you bawak kereta” kata Susan kepadaku. Masa itu aku dah merasai semacam sahaja dengan pertanyaan dia. Nampak seperti negative pemikirannya terhadapku.
“Tak jugak” ringkas jawapanku. Sebenarnya perasaanku masih berasa berdebar-debar lagi, tapi pagi-pagi dia bertanya aku menjawab sahaja. Ku kira perbualan ku tamat, rupanya jangkaanku meleset.
“Pastu, kalau tak hujan you memang tak nak bawak la kan?” kata Susan.
“Aiseh.. YaAllah, sabarlah hati ini ujianmu” aku bermonolog sendirian,lalu berkata:
“ Tak da Susan, memang saya akan bawa. Tak sangka hujan lebat hari ni”
“You dari rumah tadi memang sudah hujan ka?” pertanyaan yang ku tidak mengerti hujung pangkal.
“Tadi kat rumah hujan tak lebat, sampai kuala Selangor hujan lebat” Jawapan jujur yang sekadar dapat memuaskan hati Susan.
“You punya wiper kereta ok tadi?” Susan cuba menukar topic, hatiku riang gembira.
“Biasa sahaja,ok tak da apa-apa masalah” Aku jawab bersahaja.

********************************************
Perasaan berbagai bila kali pertama menaiki kereta berseorang. Dalam kereta banyak bermonolog sendirian dan jua berzikir.. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dalam lindungan Allah.
Amiinn.. (^.^)

6 ulasan:

  1. Macam karenah kita akan jumpa bila kita banyak bergaul dengan pelbagai manusia di dunia fana ini.. kadang-kadang kita tidak faham..

    BalasPadam
  2. nie ke cerpen nye...jujur ye nie...isi ada tp huraian n penggunaan ayat terlalu skema...kene bg ringan n santai cikit bru lbh menarik hehehehe ni skdr pendapat seorg kaki novel tau...
    -ingt ye shabat ku..walau ape pn kata2 yg keluar dr mulut org kita amek positif agar dlm hati kita x timbul titik2 hitam yg akn memudarat kn hati kita sendiri..dn teruskn senyum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan sekarang ni dapat ku rasakan ayat hang lagi skema.... wawaawa..
      dat's my 1st cerpen...

      Padam
    2. semoga selepas ini dapat dibaikpulih supaya menjadi lebih berkualiti dan santai.. tapi kan saudari tang mana yang skema?

      Padam
  3. hahahahaha yg tu susah nk dihuraikn disini la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. orait.. anyway, coz sudi membacanya.. Thanks a lot..

      Padam