CORETAN

Hanya sebuah coretan dari seorang yang hidupnya di dunia hanya sementara dan hanya pinjaman seketika.

Walaupun rase pahit ke? masin ke? masam ke? Perjuangan hidup mesti diteruskan selalu think +ve.
INSYAALLAH,jiwa kita akan tenang.. sebab apa?? sebab Allah sentiasa dekat dengan kita.. PERCAYALAH.. >(^.^)<

Selasa, 9 Oktober 2012

Aku Terima Nikahnya~ Movie 2012

Lame menanti cerita ni.. dari awal tahun.. 
Akhir nya.. Lusa akan keluar dekat pawagam.. 
Yeah!!

Ini sinopsis cerita nyer..

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.



Adi Putra nyanyi...
Inilah liriknya~~

Ku kesali diriku tuk menyayangimu
Kata kata manismu membuat aku percaya kamu
Tak pernah sekalipun membelakangi mu
Sumpah janji setiaku hanya untuk hanya dirimu

Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka
Biarkan aku terseksa
Sampai bila pun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka
Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka

** Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka ( terluka )
Biarkan aku terseksa ( terseksa )
Sampai bilapun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Ku kesali diriku tuk menyayangimu


Sedih jer cerita ni~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan