Jam menunjukkan 7.00 pagi…
Dumm…dumm..
Bunyi seperti meriam.
Tapi musim sekarang bukanlah musim perayaan, sebaliknya itu adalah bunyi guruh
dari langit. Alhamdulillah, Allah menurunkan rahmatnya kepada umatnya yang
sering memerlukan putarannya. Tidak selalu panas dan juga tidak selalu hujan. Seperti
lagu jua, bak kata pepatah “di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di
tengah hari”, inilah rencah duniawi.
Dengan penciptaan yang sangat sempurna
dari PENCIPTANYA Allah yang ESA. Terima kasih KEKASIH ABADIKU..
Pagi mundar mandir aku menjenguk ke tingkap, lalu bermonolog
sendirian.
“Alamak, hujan. Lebat pulak tu. Boleh ke, hari aku drive
kereta?”
Pengalaman untuk memandu kereta sendirian merupakan
pengalamanku yang pertama.
“Yah, hujan lebat ni. Jangan lupa sarapan dulu.” Laungan emak
memacahkan monolog sendirianku sebentar tadi.
Pagi-pagi seorang yang bergelar emak akan memastikan anaknya
mengisi perut sebelum memulakan sesuatu kerja kecuali jika kita berpuasa.
“Baik, mak. Tapi nak gosok tudung dulu, nanti senang.” Aku menjawab
pertanyaan emak.
Tanpa berlengah sekejap sahaja jam di dinding rumah
menunjukkan pukul 7.25pagi. Aku bergegas turun tangga.
“Alamak kucing ni, manjanya.” Amel kucing emakku mahu
meminta perutnya di isi juga dengan mengesut badannya ke kakiku. Aku memahami
karenahnya manja.
“Sayang, cepat sini makan. Aku dah lambat jugak ni, amel
makan ea?” Aku bercakap dengannya. Dan meninggalkan dia untuk makan sedirian.
Aku meluru menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum
makan. Apa yang selalu aku kena amalkan adalah minum air kosong dahulu sebelum
makan. Selepas itu, aku terus membuka tudung saji melihat apa yang emak sajikan
dan terus makan. Jangan banyak komen apa yang emak masak, itu prinsip penat-penat
emak masak, apa sahaja yang terhidang pasti aku makan. Terima kasih emak. Aku sayang
emak.
Sedar tak sedar, jam sangat mencemburuiku.
Jam 7.35 pagi. Sekejap saja. Aku bersiap-siap untuk pertama
kalinya akan memandu kereta yang diberi kepercayaan dari bos untuk ku bawa ke
pejabat hari.
Hujan, mulai renyai. Hatiku tidak putus-putus berzikir memohon
perlindungan dari ALLAH.
“Alamak kena keluarkan kereta abang dulu baru boleh guna
kereta company” aku bermonolog sendiri.
Tak sampai beberapa minit, aku telah berada di dalam kereta
company. Kereta Iswara lama.
Alhamdulillah, kepercayaan yang ku perolehi akan ku guna
sebaiknya. Enjin telah aku hidupkan. Alhmadulillah sekali saja.
Bismillahirahmanirahim
Maksudnya
: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan
kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf
: 13-14)
Aku meluru dengan gear satu, selepas membaca doa, mata emah
dan abah mengiringi pemergian ku ke menusur keluar ke jalan raya.
“Ya Allah permudahkanlah perjalananku” aku berbisik pada
hatiku.
Perjalananku berjalan dengan lancer, tetapi setibanya di
Pasir Penambang ke Jambatan Kuala Selangor, hujan semakin lebat,memang menguji
diriku saat itu. Rasa mengelabah juga sebab keseorangan . dan tiba-tiba
teringat pesanan Mr. Doc.
“Jika bawak kereta hilangkan perasaan gelabah dan cemas
sebab akan membahayakan diri, lagipun kereta yang awak naik tidak ada power
stereng. Hati-hati tau.” Begitulah pesanannya. Comelkan?
Aku mula memperlahan kenderaan kerana banyak kenderaan untuk
menghala ke selekoh. Aku pula mula memberi signal ke kanan untuk membelok dan
menuju ke pejabat.
Alhamdulillah. Sampai juga.
Masuk pejabat dan punch card, itulah rutin dan peraturan
pejabat masuk sebelum pukul 8.30 pagi, tetapi jam di tangan ku belum
menunjukkan jam 8.30pagi sebaliknya jam 8.20pagi. telefon bimbit aku capai
untuk memberi perkhabaran pada emak dengan ketibaan ku ke pejabat dengan
selamat.
Laju tangan menaip, bukan panjang Cuma sekadar
pemberitahuan.
“Emak, dah sampai ofis, Alhamdulillah” begitulah pesanan,
ringkas dan padat.
Aku duduk dan menghidupkan aircond jua computer.
Tiba-tiba seorang lagi office mate ku Susan(bukan nama
sebenar) datang.
Sejurus melihatku terus dia menyapaku yang sedang khuyuk
melihat internet, pagi-pgi selalu akan buka facebook, membaca komen
rakan-rakanku.
“Hari ni you mali bawak kereta mey. Ke sebab hujan hari ni
you bawak kereta” kata Susan kepadaku. Masa itu aku dah merasai semacam sahaja
dengan pertanyaan dia. Nampak seperti negative pemikirannya terhadapku.
“Tak jugak” ringkas jawapanku. Sebenarnya perasaanku masih
berasa berdebar-debar lagi, tapi pagi-pagi dia bertanya aku menjawab sahaja. Ku
kira perbualan ku tamat, rupanya jangkaanku meleset.
“Pastu, kalau tak hujan you memang tak nak bawak la kan?”
kata Susan.
“Aiseh.. YaAllah, sabarlah hati ini ujianmu” aku bermonolog
sendirian,lalu berkata:
“ Tak da Susan, memang saya akan bawa. Tak sangka hujan
lebat hari ni”
“You dari rumah tadi memang sudah hujan ka?” pertanyaan yang
ku tidak mengerti hujung pangkal.
“Tadi kat rumah hujan tak lebat, sampai kuala Selangor hujan
lebat” Jawapan jujur yang sekadar dapat memuaskan hati Susan.
“You punya wiper kereta ok tadi?” Susan cuba menukar topic,
hatiku riang gembira.
“Biasa sahaja,ok tak da apa-apa masalah” Aku jawab bersahaja.
********************************************
Perasaan berbagai bila kali pertama menaiki kereta berseorang. Dalam kereta banyak bermonolog sendirian dan jua berzikir.. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dalam lindungan Allah.
Amiinn.. (^.^)