Hanya sebuah coretan dari seorang yang hidupnya di dunia hanya sementara dan hanya pinjaman seketika.
Walaupun rase pahit ke? masin ke? masam ke? Perjuangan hidup mesti diteruskan selalu think +ve. INSYAALLAH,jiwa kita akan tenang.. sebab apa?? sebab Allah sentiasa dekat dengan kita.. PERCAYALAH.. >(^.^)<
Tamparan hebat cerita jua lagu~~ Entah pape entah.. ade ke, tamparan..
Ayat yang betol KOMBINASI HEBAT 2 IN 1 LAGU JUA DRAMA cerita adam hawa.. memang tak miss download kat sini http://www.kepalabergetar.net/2012/08/adam-dan-hawa-astro-mustika-hd.html.. TERBAIK~~~
ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri
solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai
membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami
dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh
hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah
walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan
senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki
carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas
semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat
solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah
menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara
seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa
harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk
sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di
kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang
mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami
keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di
pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka
pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa
beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan
dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan
isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di
pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan
sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari
pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah
dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana
mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan.
Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu
sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka
semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai
pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama
dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan.
Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada
isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana
selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala
daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat
kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang
isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak
memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi
jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah
atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat
harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat
suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu
bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada
kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak
terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan,
harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan
kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata
untuk memancing manusia bernama lelaki.
sumber dari : http://intim.wordpress.com/2008/01/13/rahsia-jadi-isteri-solehah-2/
Thanz awak~~ I must to be a good wife.. and Solehah Wife to you~~
22082012 bersamaan 4 Syawal..
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Zaman sekarang ini semakian ramai manusia dok berluma-lumba membina bangunan yang paling boleh menjadi pencakar langit.. Justeru itu, membolehkan negara itu menjadi omongan sekalian rakyat di dunia, dan juga menaik nama nagara mereka dan mercu tanda (landmark)..
so, kat sini aku nak kongsikan bakal bangunan yang akan jadi pencakar langit after last yang dulu aku blaja BURJ DUBAI...
Tetapi adakah mereka ada memikirkan bahana nya? Kesan dari sebelum, semasa jua selepas pembinaannya?
Setiap
rentetan pembinaan bangunan semestinya mempunyai kesan, samada kesan
itu positif mahupun negatif.. Apa yang pasti kemungkinan sukar untuk ku
ungkapkan tapikan....
Dulu, masih ku ingat lagi omongan lecturer aku.. dia kata macam ni "Semakin
berlumba2 manusia menunjukkan kehebatan masing-masing, semakin alpa
pada nikmat dunia, semakin tinggi bangunan pencakar langit di bina semakin dekat kite pada hari kiamat" lebih kurang macam tu lah nak betol2 kena rekod lah apa yang dia cakap..
Beginilah manusia akhir zaman apabila bermula2 mencari kehebatan dunia yang hanya sementara..