CORETAN

Hanya sebuah coretan dari seorang yang hidupnya di dunia hanya sementara dan hanya pinjaman seketika.

Walaupun rase pahit ke? masin ke? masam ke? Perjuangan hidup mesti diteruskan selalu think +ve.
INSYAALLAH,jiwa kita akan tenang.. sebab apa?? sebab Allah sentiasa dekat dengan kita.. PERCAYALAH.. >(^.^)<

Khamis, 8 November 2012

Kisah Baby dalam rahim~~

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???

Selasa, 23 Oktober 2012

Bestnya jika tertunai~~

Dingggg.... Dingggg...

Entah apa yang di fikiranku saat ini..
Macam-macam ku fikirkan.. Apa yang tekak aku idamkan.. 
Adakah boleh jadi suatu kenyataan? 
Jika ia mimpi ataupun fantasi dan berubah menjadi realiti dan terjadi..
Memang alangkah indahnya. Tapi aku harus bertahan..
Yeahhhhhh~~
hahaha.. Suara ninja keluar.. Adoii...
Petang macamni dengan mata dah sepoi-sepoi ala-ala, jika di tiup air-cond+kipas sure boleh terlelap...
Geeeeeeeeeerrrrr~~~~~
Tapi perutku berkeroncong irama padang pasir, lagu salsabilah tu.. hahaha..

Sebenarnya tekakku, lidahku, mulutku hari ini.. Ada taste yang tinggi..
Alangkah bahagia aku dapat makan kek secret recipe ala-ala yang macam aiskrem bukan yang banyak butter... tak minat sangat sebab bau lembu dan cepat muak dek tekak aku yang manja ini.. hahaha..


this my favorite cake~~~ ade sape nak belanje tak?


Ini baru pencuci mulut..
Makanan pulak kalau boleh nak chicken chop..
lebih kurang yang macamni la.. sekarang ni yang aku pernah makan kat area kuala selangor dekat Restoren Bukit Malawati belakang Bank rakyat, Restoren Nasi Ayam Gemas, Secret recipe dan Nenek moden dekat One Plaza..
Antara 3 tempat yang aku makan tu.. yang paling sedap dekat Nenek moden dan Secret recipe..
Hihihi..
Memang debooom~~~
Memang debooom~~ bukan ade bom. Tapi sedap. Kenyang sampai malam..

Rasa-rasa ada orang nak belanja aku tak??
hishhh~ mengharap lak.. tak baik..
Nak makan kita kena usaha sendiri.. kan? kan?




Selasa, 16 Oktober 2012

Sejenak~

Apa yang terbaik untuk kita,
Adakah ia juga terbaik untuk Allah?
Kadang-kadang kita merasakan sesuatu keputusan yang cukup baik kita putuskan, perancangan terbaik yang kita buat.
Tapi kadangkala makan diri kita sendiri. kerna tak semua yang baik itu adalah yang terbaik untuk kita.
Barangkali yang buruk kita rasakan adalah yang terbaik dari Allah. 
Allah maha Mengetahui yang terjadi di langit dan di bumi.
Dia yang mencipta alam semesta alam. dan pencipta diri kita. Kita hanya hambanya.
Yang perlu tidak jemu meminta padaNYA. Dia yang berKuasa atas segalanya.
Allah juga lah perancang terhebat, jika hanya artis di atas bumi yang sementara ini.
Kita hendaklah sentiasa sabar menghadapi segala ujian dariNYA mungkin
ada hikmah disebalik yang berlaku.

JOM berdoa~~

"Ya Allah, janganlah Engkau palingkan diriku, ibubapaku, sahabat-sahabatku, keluargaku, kaum muslim,muslimat di muka bumi ini, setelah Engkau berikan kami hidayah"
Amiinn~~

Isnin, 15 Oktober 2012

Memang Menduga Diri

Jam menunjukkan 7.00 pagi…

Dumm…dumm..  

Bunyi  seperti meriam. Tapi musim sekarang bukanlah musim perayaan, sebaliknya itu adalah bunyi guruh dari langit. Alhamdulillah, Allah menurunkan rahmatnya kepada umatnya yang sering memerlukan putarannya. Tidak selalu panas dan juga tidak selalu hujan. Seperti lagu jua, bak kata pepatah “di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari”, inilah rencah duniawi.
Dengan penciptaan yang sangat sempurna dari PENCIPTANYA Allah yang ESA. Terima kasih KEKASIH ABADIKU..

Pagi mundar mandir aku menjenguk ke tingkap, lalu bermonolog sendirian.
“Alamak, hujan. Lebat pulak tu. Boleh ke, hari aku drive kereta?”
Pengalaman untuk memandu kereta sendirian merupakan pengalamanku yang pertama.
“Yah, hujan lebat ni. Jangan lupa sarapan dulu.” Laungan emak memacahkan monolog sendirianku sebentar tadi.
Pagi-pagi seorang yang bergelar emak akan memastikan anaknya mengisi perut sebelum memulakan sesuatu kerja kecuali jika kita berpuasa.
“Baik, mak. Tapi nak gosok tudung dulu, nanti senang.” Aku menjawab pertanyaan emak.

Tanpa berlengah sekejap sahaja jam di dinding rumah menunjukkan pukul 7.25pagi. Aku bergegas turun tangga.
“Alamak kucing ni, manjanya.” Amel kucing emakku mahu meminta perutnya di isi juga dengan mengesut badannya ke kakiku. Aku memahami karenahnya manja.
“Sayang, cepat sini makan. Aku dah lambat jugak ni, amel makan ea?” Aku bercakap dengannya. Dan meninggalkan dia untuk makan sedirian.

Aku meluru menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum makan. Apa yang selalu aku kena amalkan adalah minum air kosong dahulu sebelum makan. Selepas itu, aku terus membuka tudung saji melihat apa yang emak sajikan dan terus makan. Jangan banyak komen apa yang emak masak, itu prinsip penat-penat emak masak, apa sahaja yang terhidang pasti aku makan. Terima kasih emak. Aku sayang emak.

Sedar tak sedar, jam sangat mencemburuiku.
Jam 7.35 pagi. Sekejap saja. Aku bersiap-siap untuk pertama kalinya akan memandu kereta yang diberi kepercayaan dari bos untuk ku bawa ke pejabat hari.

Hujan, mulai renyai. Hatiku tidak putus-putus berzikir memohon perlindungan dari ALLAH.
“Alamak kena keluarkan kereta abang dulu baru boleh guna kereta company” aku bermonolog sendiri.

Tak sampai beberapa minit, aku telah berada di dalam kereta company. Kereta Iswara lama.
Alhamdulillah, kepercayaan yang ku perolehi akan ku guna sebaiknya. Enjin telah aku hidupkan. Alhmadulillah sekali saja.

Bismillahirahmanirahim
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

Aku meluru dengan gear satu, selepas membaca doa, mata emah dan abah mengiringi pemergian ku ke menusur keluar ke jalan raya.
“Ya Allah permudahkanlah perjalananku” aku berbisik pada hatiku.

Perjalananku berjalan dengan lancer, tetapi setibanya di Pasir Penambang ke Jambatan Kuala Selangor, hujan semakin lebat,memang menguji diriku saat itu. Rasa mengelabah juga sebab keseorangan . dan tiba-tiba teringat pesanan Mr. Doc.
“Jika bawak kereta hilangkan perasaan gelabah dan cemas sebab akan membahayakan diri, lagipun kereta yang awak naik tidak ada power stereng. Hati-hati tau.” Begitulah pesanannya. Comelkan? 

Aku mula memperlahan kenderaan kerana banyak kenderaan untuk menghala ke selekoh. Aku pula mula memberi signal ke kanan untuk membelok dan menuju ke pejabat.

Alhamdulillah. Sampai juga.
Masuk pejabat dan punch card, itulah rutin dan peraturan pejabat masuk sebelum pukul 8.30 pagi, tetapi jam di tangan ku belum menunjukkan jam 8.30pagi sebaliknya jam 8.20pagi. telefon bimbit aku capai untuk memberi perkhabaran pada emak dengan ketibaan ku ke pejabat dengan selamat.

Laju tangan menaip, bukan panjang Cuma sekadar pemberitahuan.
“Emak, dah sampai ofis, Alhamdulillah” begitulah pesanan, ringkas dan padat.
Aku duduk dan menghidupkan aircond jua computer.

Tiba-tiba seorang lagi office mate ku Susan(bukan nama sebenar) datang.
Sejurus melihatku terus dia menyapaku yang sedang khuyuk melihat internet, pagi-pgi selalu akan buka facebook, membaca komen rakan-rakanku.

“Hari ni you mali bawak kereta mey. Ke sebab hujan hari ni you bawak kereta” kata Susan kepadaku. Masa itu aku dah merasai semacam sahaja dengan pertanyaan dia. Nampak seperti negative pemikirannya terhadapku.
“Tak jugak” ringkas jawapanku. Sebenarnya perasaanku masih berasa berdebar-debar lagi, tapi pagi-pagi dia bertanya aku menjawab sahaja. Ku kira perbualan ku tamat, rupanya jangkaanku meleset.
“Pastu, kalau tak hujan you memang tak nak bawak la kan?” kata Susan.
“Aiseh.. YaAllah, sabarlah hati ini ujianmu” aku bermonolog sendirian,lalu berkata:
“ Tak da Susan, memang saya akan bawa. Tak sangka hujan lebat hari ni”
“You dari rumah tadi memang sudah hujan ka?” pertanyaan yang ku tidak mengerti hujung pangkal.
“Tadi kat rumah hujan tak lebat, sampai kuala Selangor hujan lebat” Jawapan jujur yang sekadar dapat memuaskan hati Susan.
“You punya wiper kereta ok tadi?” Susan cuba menukar topic, hatiku riang gembira.
“Biasa sahaja,ok tak da apa-apa masalah” Aku jawab bersahaja.

********************************************
Perasaan berbagai bila kali pertama menaiki kereta berseorang. Dalam kereta banyak bermonolog sendirian dan jua berzikir.. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dalam lindungan Allah.
Amiinn.. (^.^)

Sabtu, 13 Oktober 2012

1st TimE...Macam2~~

Semalam mengukir kenangan jua pengalamanku.. dimana semalam hari pertama aku 
jadi driver pergi ke Pekan Tg Karang.. Huuyyoooo~~
Nak tahu tak setelah sekian tahun aku dapat lesen tahun 2010, ni lah
pengalaman pertamaku drive pergi isi minyak di Tg Karang.. 
Thanks to mybrother a.k.a Ahmad Fitri dan jua ibu tercinta kerna jadi peneman.
Manalah aku berani, pergi drive sorang2.. SERAMMMM~~ macam2 fikiran kotor yang negatif aku terfikir..
Mungkin aku banyak tengok accident, time aku naik motor..

***********
Atas rasa keperikemanusiaan kepada seorang pekerja MELAYU.. hahaha..
sebenarnya aku dapat kereta ni..
Ini bukan kereta aku.. Tapi company punya.. Bos yang suruh bawak balik..
Kereta lama Iswara manual..
Sebab apa aku yang kena bawak balik???
Sebab my engineer baru tu juz tau bawak kereta auto.. so, aku dah pujuk bos suruh jual dia tetiba offer kat aku suruh aku katanya nanti hujan senang..
Actually before this my site supervisor yg bawak, tapi die dah berhnti..
Tapikan before this, macam die pujuk suruh aku beli kereta, dari yang second hand sampai la yang baru..
siap offer diri nak bayar pendahuluan, aku ni kan suke jual mahal..
ALASAN UTAMA, nantila tanya mak and abah dulu, memang sampai kesudah aku diam..
TUPPP~~TUPP.. after my site supevisor berhnti, tanpa keluarkan duit aku pun terima la kereta ni..
TAPI kan ade jugak yang cemburu.. 
Diorang cina ni suruh bawak balik ari isnin..
aku suruh mybro ni datang ambil kereta kat office..
Ttbe esok nya my accountant ni taye "Rabiya mane you puyer kereta tak da bawak mali ka? you aa kalau next week tak da bawak mali, tak payah bawak la.. you pulangkan balik"
Nak dipendekkan cerita everyday, the same answer she ask..
Jadi apa pandangan kalian??
Aku bukan nak berfikiran negatif tapi sangat ketara dia seperti cemburu.. dia dah kerja hampir 7TAHUN..
tapi kepentingannya tak nampak..
 
Hep~~ Astagfirullah... mengucap rabiya~~~
Tapikan mak kata kalau diorang stay mengungkit... pulang je balik.. sedangkan bos tak kata apa2 pun..
dia je yang lebih kata macam tu~~

*************

So malam tadi bawak kereta mak kata aku cam bawak lori, mungkin kereta lama, 
keras sterengnya.. 
Adoooiiii~~ berapa kali mak jerit pun tak tahu..
Takut katanya..
Adik kat sebelah bagi tunjuk ajar.. jua tukang gelakkan..
Anyway.. ThankSSS~~

 ***********

Aku berani bawak kereta kat kawasan kampung je, jalan raya besar tak da keyakinan lagi,
Jika aku bawak jugak, if something happen with me, diorang akan bertanggungjawab ke?
Diorang cakap senang,, sebab setiap perasaan yang dirasakan oleh seseorang adalah berlainan..Betolkan??

Selasa, 9 Oktober 2012

Aku Terima Nikahnya~ Movie 2012

Lame menanti cerita ni.. dari awal tahun.. 
Akhir nya.. Lusa akan keluar dekat pawagam.. 
Yeah!!

Ini sinopsis cerita nyer..

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.



Adi Putra nyanyi...
Inilah liriknya~~

Ku kesali diriku tuk menyayangimu
Kata kata manismu membuat aku percaya kamu
Tak pernah sekalipun membelakangi mu
Sumpah janji setiaku hanya untuk hanya dirimu

Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka
Biarkan aku terseksa
Sampai bila pun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka
Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka

** Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka ( terluka )
Biarkan aku terseksa ( terseksa )
Sampai bilapun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Ku kesali diriku tuk menyayangimu


Sedih jer cerita ni~~

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pra_Convo with myfrenz UIA&UTM

Tahniah pada kalian.. Akhiryaa~~




Banyak gambar berposing tanpa baju konvo, disebabkan
masalah teknikal.. bukan ape pun juz sbb si dia malu 
untuk jadi model konvo ni.. 
macam2 la kawan aku ni..
kelakar~~

Jumaat, 5 Oktober 2012

Rajin vs Malas~~

MALAS LAH~~~
asyik sebut MALAS je... bile nak jadi orang RAJIN??
Entry kali ni aku nak cetir on Ragam, bdk tu asyik sebut MALAS je.. aku pun sebut jugak tapi tak sekerap die la.. Dah tugas dia pun, die stay kata MALAS... APAKAH???

Ade jugak orang jenis macam ni..
Tapi bile bercakap.. waaa~~ kalah ahli politik.. Entah pape la aku ni kan?? Nevermind...
Aku bukan nak mengumpat or mengata.. but its TRUE!!!

Therefore, kita jadikan pagar, pengajaran, supaya kita jadi lebih baik.. Jangan ikuti, nanti kalau kita ada anak abis lah jika jadi demikian rupa.. pedih je, nangis hari-hari nanti... Mintak di jauhkan..

So, apa yang kalian tahu pasal MALAS vs RAJIN??
ade aku terjumpe dari sebuah sesawang blogger orang, dari indonesia. JAdi aku translate bagi lebih faham pada jiwa...

JOM~~ kita belajar sama2..

Apakah definisi Malas dan Rajin ?
Malas adalah keengganan untuk melakukan sesuatu.
Rajin adalah dapat melakukan sesuatu dengan rasa senang.
Jadi antara contoh dari orang ramai:
~Si A adalah seorang yang rajin, dia bekerja tepat waktu dan pulang tepat waktu (datang awal, pulang akhir)
~Si B adalah pekerja malas , dia sering terlambat di office dan pulang kerja sebelum waktunya pulang kerja (datang akhir , pulang awal)
Jadi orang yang rajin akan cepat berjaya dan orang yang malas akan selalu gagal.

Adakah contoh di atas salah ?
Contoh di atas adalah contoh yang BETUL.

TAPI kan bila mana kita berfikir secara terperinci, kita akan menjumpai sesuatu yang berlainan...
APAKAH IA??
Macam ni, bila kita ber fikir... MALAS akan berjaya, RAJIN akan mudah gagal.
Pening tak?? Pening kan?
Maksudnya macam ni
RAJIN sebenarnya ada 2 maksud..
Rajin positif dan rajin negatif.
1. Rajin positif contohnya kita giat bekerja , belajar, olah raga, dan hal – hal yang bermanfaat.
2. Rajin negatif contohnya  kita giat melakukan hal yang tidak produktif seperti bekerja dengan giat yang  tidak mendatangkan manfaat. hobi mengumpat orang, berkelahi dan hal – hal yang tidak bermanfaat.

Bila kita pilih rajin yang negatif maka jelas kita akan menuju kegagalan.

MALAS juga terbagi menjadi 2 MALAS..
1. Malas positif contohnya tak mahu melakukan hal yang tidak bermanfaat seperti melamun, tidur terus , dll
2. Malas negatif contohnya tak mahu melakukan hal yang bermanfaat contohnya tidak rajin bekerja, hobi dengan tidur, dll

Bila kita pilih malas yang positif maka kita akan menuju tangga kejayaan.

Jadi, apa pilihan terbaik kita adalh macamane kita bentuk diri kita.. Betul tak??

Selasa, 2 Oktober 2012

Ragam 03

Aku rase kadang perangai aku memang dapat di anggak orang semua takkan faham dengan perangai aku ni.. sebab aku sendiri kadang tak faham dengan perangai aku ni...
hah...sape pening bace ayat di atas sila angkat tangan dan katakan" saya cikgu!!"
Ceh, angan-angan nak jadi cikgu, InsyaAllah akan tercapai pasang niat, pasang azam.. tanamkan usaha.. thats the method must follow.. then lastly tawakal to Allah... Cewaahhh~~

Sebenarnyer bukan nak cerita benda ini pun.. nak cerita tadi seharian aku kat site ade valuation dengan Q.S developer baru banyak experience die mostly project from oversea..Penat berjalan dengan matahari terik rase tepat pada atas kepala.. Serius panas.. Tapi  ni baru panas duniawi.. panas kat padang Mahsyar macamna, bayangan yang digambarkan adalah secengkal dari atas kepala cube bayangkan??

Berpeluh2.. Bau pun dah banger(hapak) cakap jawa lak.. hihihi.. ase sangat tak selasa.. rase kolam ade air nak je berendam, aiseh bile ckap berendam dah macam badak sumbu lak.. Ishhh!! apa la, ade ke, smakan dengan badak sumbu jatuh standard i... hihi..

Jam menunjukkan jam 12.00 tgh hari... Tetibe aku bertanya:

Me: Kak?? Lapar tak?? Dahaga ke??
Kak Q.S: Lapar dan dahaga juga..
Me: Jom..
Kak Q.S: Nak makan ape?? akak tak makan ayam..
Me : <terkejut la> akak makan telur ayam?
Kak Q.S : Makan..
Project Coordinator : Aikk, ayam tak makan tapi telur makan
Kak Q.S : Kat Kuala Selangor bukan famous dengan seafood dia??
Project Coordinator and me : <Laju je angguk>

JOMM... Actually, ade cerita klakar ni, tp nak pendekkan cerita.. tempat yang kami nak makan tu adalah di AYU SEAFOOD, PASIR PENAMBANG KUALA SELANGOR, area kampung nelayan kuala selangor..
Tetibe lak aikkkk... macam kenal saje... 1st apa yang aku tengok adalah jam, cepat aku tengok jam kat tangan aku pukul bape... Alhamdulillah, selamat jam menunjukkan pukul 12.56tengah hari, sebaik tadi diorang pergi bank dulu.. aiiseeyy.. dengan kawan die lak tu.. malu jugak aku ni...
 My Bos : You makan sini?
We  : Ye Bos.
My Bos : <Sengih2+senyum2>
Me   : Bos, Q.S baru ni tak boleh makan ayam, thats why datang sini makan seafood.
Akak: Lagipun dekat Kuala Selangor famous dengan seafood.
My Bos  : Makanlah nanti suruh staff saya bayar.
Me:  <dengan slumber buat muka depan bos> then ber monolog dalam hati "aku ke kena bayar gaji pun tak masuk lagi manade duit." then dengan slumber ku jawab dekat bos 
Me:  Bos, saya manade duit
My Bos : Nanti you claim la.
Me  : Bos, tak da duit betol ni..
Akak & Project Coordinator :<gelak2>
My Bos : Tak pa la saya bayar.
Frenz bos : Nasib baik jumpa you punya bos.
Me : < sengih cam tak bersalah.>

Macam ni lah rupa tempat nyer~

hahaha.. Macam nila kot kerja construction bile kita makan dengan pemaju kite, kite kena bayar apa yang diorang makan.. Like kita amik hati diorangla kan?? More job can fast come!!! hihi.. my pepatah Omputih~~ Poyo jer...

Berselawat lah~~~


Seawal usia boleh jadi imam muda.. Tahniah Imam muda Najdi semoga dapat jalankan tanggungjawab yang diberikan.. Amiin~~

Rase tenang dengar imam muda najdi berselawat.. sambil2 kita dengar kita jua boleh turut serta berselawat...
Sungguh kita takkan pernah rugi..

Dulu kita selalu dalam perhimpunan sekolah nyanyi.. Jangan jadikan memori sahaja tau,kita bersama2 selawat ea?? Hari2 ea?? Best ni.. Suke sngtttttt~~~

Isnin, 1 Oktober 2012

Ragam 02


Hari ini genap sebulan aku ditinggalkan oleh Kak ZUNIHA dan muncul la sorang Engineer baru Mr. Soh.. Waaaa~~ macam mane aku leh tak perasan die amik kesempatan keatas aku? Kenapa?? Aku cube untuk berfikiran positif aku tolong die selama sebulan (dengan buat kerja seorng engineer dengan gaji aku yang tak setimpal berbanding dengan die) aku bukan nak mengungkit but this is FACT!!!!
Masuk hari ni 1 Oktober 2012 aku baru tersedar dari lamunan yang membuatkan aku jadi (bla...blaa...blaa...) xleh aku nak ungkap lah.

Jadi aku nekad untuk die belajar untuk jadi untuk menjadi seorang Engineer setimpal dengan gaji yang die dapat... I'm right do this for him?? I rasa betol sebulan aku cukup membantu.. Actually die macam pemalas la.. coz kalau boleh dia nak benda tu ada depan mata jer.. Drawing bos suruh dia cari pun die suruh aku cari. HAMPEH betol la ade kawan staff cmni..

Inilah keluhan yang terammmmaaaattt~~~ Adooiii...

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI berilah hambamu ini kekuatan yang luar biasa untuk dapat menangani masalah ini dengan mudah.. Amiin.. (^.^)


Ahad, 30 September 2012

Laksa 1st ku~~

Laksa pertama ku menjadi..
Tahniah kepada diri ku dan jua mak aku yang membantu bersama,
my mum before this tak pernah masak laksa, nak makan kena beli..
Jadi aku tekad nak buat, siap kata kat mak... 
Me :"Nanti kalau masak laksa mak tolong nyer"
Mak : " Mak nak tolong tengok dan makan jer"


Inilah hasil air tangan aku~~
Alhamdulillah... Sedapppp.. rugi sape tak makan.. Nyummmiii~~

Jumaat, 28 September 2012

Ragam 01~

Bile kerja dah berlambak... tangan dua pun tak cukup.. nak mintak bantuan kawan sekerja. kawan tu pun banyak kerja.. memang banyak la kecian.. tapi kecian-kecian la jugak tapi tak siape yang nak kecian kat aku ni..

Tiba-tiba tercetus la cerita ini...

Aku : Awak ajaklah kawan-kawan you dari UKM krja sini, saya tak boleh tolong you banyak-banyak, kerja i pun banyak tak siap.. Kawan baik you tak de ka?
Mr.Soh : Aiyoooo.. saya punya kawan ada... banyak baik punya you mau tau siapa meyy~~
Aku : Hah, ajak la keje sini.. dia boleh tolong you..
Mr. Soh: Kawan baik saya ni baik sangat... selalu tolong saya.. you mau tau sappe meyy~~
Aku : Siapa?
Mr.Soh : YOU LAH.. you banyak baik tolong i buat kerja.. petang you balik lambat ajar saya buat Q.S boleh ka?
 Aku: Mana boleh balik lambat2.. nanti malam, saya takut nak balik..

Tetiba bos lalu...
TAMAT~~


hahaha

PaGi2~~ AsE geli HaTi...

Pagi ini cuaca amat tidak mengizinkan.. Bukan tidak mengizinkan untuk apa, TAPI HUJAN DIPAGI hari daaa~~

Tetiba pagi ini mak buat lawak, tidak seperti kebiasaan yang di basahi pipinya dengan air mata melihat anak perempuan bongsunya pergi kerja(ayat poyo kan?). Pagi ni aku pakai baju hujan mak bayangkan benda lain.. hah? APAKAH ITU?

Dialog cikit ea? senang sikit faham...
Time kat motor sedang pakai baju hujan.
Aku : Mak ari ni 1st time bawak bekal pegi keje hujan lak~~
Mak : Ko simpan kat mana? Perut ker??
Aku : Aaa'aa, dalam bag, dalam baju hujan...
Mak : Hahaha (Ketawa sambil tutup dengan tapak tangan yang selalu masak...)
Aku : Mak kenapa? tetibe ketawa
Mak : Agaknya camni la badan ko bile ko mengandung mak dapat bayangkan...
Aku : Merepek je mak ni..
Mak: Pastu kalau anak kembar lagi besar.. (sambil perhatikan gelagat aku memakai baju hujan)
Aku: Kawen pun tak lagi, mak buat lawak lak...

Adakah wujud benda mcm ni?? hihi
Adoooiiii... pecah peruuutt aku... Not bad besar jugak, yela baju hujan saiz XL abah beli... Mak oooohhhh MaaaaKKK, SAYAAAANNNGGGG MAAAKK!!!

Jumaat, 21 September 2012

DAH TING TONG!!!

Hari ini dalam sejarah~~~~
Memalukan.......
Apa ni rabiya~~~~


Malu yer~~~


Kringgggg~~~~~ tepat pukul 1 jam ofis berbunyi...
aku teringin makan MCD tapi duit juz ade RM 16++ jer..
amik helmet, start motor pegi public bank sebaris dengan ofis aku ni..
then masuk tmpt ATM public bank.. dh tekan2, dh keluarkan duit...
Pastu............. al kisah bermulanya..
tak pernah-pernah terjadi kat diri aku ni.. 

aku tak tahu macam mana aku lupe??
siap tanya orang belakang " encik camne kad saya tak keluar ni?" 
masa tu kat belakang tu india dlm umur 40 an tahun.. dengan muka tak malu aku tanya.. 
dia jawab " cancel kan kad"... 
aku jawab " dah2.. tp boleh keluar pun.." 
tiba2 ade suara perempuan melayu umur hampir mencecah 30 tahun " xboleh keluarkan kad??abis tu macam ne?? duit dapat tak?? " 
aku jawab "duit dah keluar, ase pelik sebab kad tak keluar". 
Pastu dia kate " selalu akan keluar kad dulu.. then duit.. pastu resit" 
masa tu aku boleh berfikir balik.. then aku check balik dalam wallet, aku monolog dalam diri "Ya Allah, apa nak jadi ni? ade je kat dalam wallet ni" 
then aku terus tepuk bahu perempuan tu " sorry kak, ada2, lupe.. mintak maaf ye?" 
akak tu kte" ada? Ya Allah, tu la.. pelik jugak tadi" yang India tu lak tanya pastu macam mane ni?" 
Akak tu jawab " dah2, dia dh simpan,lupe la tu..."
aku keluar kaki langkah laju~~~
malunya rabiyaaaaaaaa.....

then aku start motor terus g MCD dlm 5 minit dah sampai naik motor...

masuk2 beratur
 orang kaunter tanya " selamat datang makan sini bungkus?"
aku jawab "bungkus bagi Samurai 1"
orang kaunter tanya " large or medium"
 aku jawab " medium ye.."
orang kaunter kata " semua sekali RM11.80.."
aku masa tu bukak wallet bagi RM11.00, orang kaunter tu kata lagi "RM11.80, ni baru RM11"
aku senyum2 keluarkan lagi RM1.00...

sekali lagi aku malukan diri aku.. walaupun hajat 1st aku nak mkn GCB tapi tetibe jadi SAMURAI..



SERIUSSSSSSS... SEDAAAAPPP!!!

Makan sudah.... Perutt pun dh kenyang.. Alhamdulillahhh~~~

Oke lah.. mau makan ubat pulak...


JAGA KESIHATAN...


Khamis, 20 September 2012

Aduhaaaaiii~~~

Apalah nasib diriku ini~~bla..bla...

Wooolaweeeii,menyanyi lak..
Aku tak taau jadi simptom apa kt aku ni.
Kenapa aku kate camni? Pelik bukan..
Sejak bermulanya kerjaya sebagai juru ukur bahan(Q.S). Aku mesti akan OFF shari MC demam la.
Asyik2 demam saja. Msti myboss akan kate mcm tu.. ..
Abis nak mcmne?

Apakah mungkin aku kekurangan stamina?
Apakah mungkin aku kemurungan bekerja?
Apakah juga aku mengalami tekanan emosi?

Dan sebab itukah boleh berlakunya gejala demam ni...
Waaahh~~~ ayat aku ni cm ayat pakar motivasi lak.. Poyo je kn??
Astagfirullah al azim... Apa yang perlu aku buat,muhasabah diri mngkin aku banyak buat dosa ni..

Jumaat, 14 September 2012

Kesinambungan Meeting...

Dah la masa datang tu dah lambat.. sebab apa? kita sebagai sebagai seorang muslim kenalah selalu mengerjakan apa yang WAJIB KITA KERJAKAN... Sampai site office, Alhamdulillah tak mula lagi.. sengggiiiihhh je masa tu.. (perasan cm hebat, tp wt keje Q.S je, dulu praktikal xg meeting pn, dulu praktikal kt I-CiTY) hihi... (hep...xbaik poyo..malu2.)

Meeting start pukul 5.15ptg, td aku sampai pukul 4,40ptg.. site office dgn office xjauh pn 5 minit boleh sampai...

Duduk2.. Borak2 jap dengan engineer baru (kelulusan UKM Degree Engineering), ttbe je die bagi suggestion untuk aku tukar position dr Q.S to Site Engineer alaa...alaa.. transform gituu.. aku sengih.. bukan ape? bukan mata duitan tapi engineer ni melibatkan ramai org berpengaruh dan kne berada di site bersama2 indon2 bangla2, melayan karenah diorg yang kadang2 kite xfhm pun..

Ok.. bile masuk meeting je, time tu kitorg meeting meja 4 segi tepat... so mmg barisan kontraktor, consultant, arkitek, developer, m&e.. duduk asing.. aiii.. masa tu dh dup..dapp.. jantung ni.. So, speaker dr developer diorg start, then tye progress kami.. blah..blah..blahh.. tup2.. Master Programme dah tak related dengan actual, mmg dh delay 40 days..  lame tu.. tup2... speaker tye engineer baru, "u berapa lame pengalaman?" engineer baru tu jawabla " before this, i have experience 1 year on Concrete as a Q.C" then arkitek pn ckp tp speaking la "kirenya u tak ada pengalaman dalam pembinaan lagi,  sedangkan kamu meeting dikalangan yg mempunyai pengalaman 5 thun+ +.. layak ke nak manage projek yang terbaru nnt" dlm hati mmg terbakar jugak la.. mcm tula.. tapi dalam meeting constructionmemang banyak main wayang.. sebaik xde wayang kulit... hihi... Opss sorii...

Sayalah PEKERJA CONTOH 2012... hahaha

Kadang diri ini tertanya2... 
Yes..mmg semua majikan mahukan pekerja yang ada pengalaman, tp jika seorang graduan yang fresh lagi, dan tak diberi kesempatan untuk mencari pengalaman, bagaimna akan datang sebuah pengalaman. bukan kah diri dia juga pernah mnjadi seperti diri kita dulu kala? start from zero, so from that we learning step by step.. and then get the experience and to be a success on the industry.. 

Betol tak apa yang aku ungkapkan? Benar kan? Tak bohong, apa lagi berdusta.. Tapi inilah realiti dunia pekerjaan.. Get ready to be a success women!!! hihihihi..(cmni boleh motivasi kn diri sndiri)..

Khamis, 13 September 2012

Sedetik meeting bersamaa..

hari demi hari...minggu demi minggu hampir genap setahun aku kerja kat sini..
banyaknya dugaan dan cubaan...
ada yang manis, pahit, masam2...masin2.. macam lg perasaan aku rase..
mmg kena jadi jiwa konkrit klu dlm industri binaan Malaysia ni..
bersabarlah.. bertahanlah..
ari ni.. ttbe bos call.."u ari ni join meeting, saya tak senang ari ni..nnt bawak motor pastu terus balik..."
dpt arahan tu terkebil2 mata aku.. aku bermonolog sendiri... "ak ke?? aku Q.S jer... adooii,boleh ker?? setakat suruh buat report boleh la.. nk menghadap meeting..mmg sakkiittt.."
actually aku xpnh join meeting besar2 ni.. juz dpt info dr engineer sblm ni, mmg main wayang banyak dlm meeting tu nnt.. dpn cakap lain..belakang cakap lain.. hope aku boleh buat!!!


BERUSAHA!!!! Chaiyookk!! Jgn mudah mengalah..
okla.. nk kne get prepair ape yang patut.. KATAKAN BOLEH! motivasi diri itu perlu...

Rabu, 12 September 2012

Isnin, 10 September 2012

Kerja-Kerja~~

Macamni rupe bentuk ofis bile pekerja baru masuk..
then bukan nak kemaskan balik..
aku jugak kne buat..
adoooiii..



Rabu, 5 September 2012

Zikirlah tak Rugi~~

Basahi lidahku dan umat islam lain dengan berzikir dan berselawat ke atas MU dan Rasulullah~~

Khamis, 30 Ogos 2012

Sebuah Kejutan~


Rase terharu sangattttt!!!!!! Rasa nak menangisss~~~
Thanks a lot.. Tak sangka ade yang menghargai diri ini... 
Suke sangatt!!


Thanz SHAHIDAH... Thank a LOT!!


Thanz KAK ZUNIHA..

Lagu Tema ADAM HAWA..


Tamparan hebat cerita jua lagu~~ Entah pape entah.. ade ke, tamparan..
Ayat yang betol KOMBINASI HEBAT 2 IN 1 LAGU JUA DRAMA cerita adam hawa.. memang tak miss download kat sini http://www.kepalabergetar.net/2012/08/adam-dan-hawa-astro-mustika-hd.html.. TERBAIK~~~

Rabu, 22 Ogos 2012

Isteri Solehah dambaan suami soleh

Terbaca jadi di kongsi bersama~~

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

sumber dari : http://intim.wordpress.com/2008/01/13/rahsia-jadi-isteri-solehah-2/

Thanz awak~~ I must to be a good wife.. and Solehah Wife to you~~
22082012 bersamaan 4 Syawal..


 Tetibe teringat lagu ni plak~~



 Lagu famous dulu-dulu..



Jumaat, 17 Ogos 2012

Thankz to myboss

SELAMAT HARI RAYA~
Inilah hamper raya yang aku terima..
Alhamdulillah~~


Selasa, 14 Ogos 2012

Teman PenGGanti~~

Suke sangat lagu ni..
Dulu ingtkn lagu raya coz my ex-officemate kata lagu raya..
aku percaye.. Adooii~~ tanpa selidik lagu nya..
Tapi bile dah selidik dan kaji..
Begitu rupanya, kecian sangattt~~
Suara black memang sedap, thats is part of benefit he get from Allah...
Tapikan tetibe terfikir kalau dia mengaji mengalunkan ayat Al-Quran mesti sedap kan??


inilah lirik nya~~

 Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
**************************************************

Bagaimana?? Presepsi kalian???? Haahahahahahaa
Just kidding guys~~
Sekian..

Khamis, 9 Ogos 2012

On tHe fUtuRe~

Zaman sekarang ini semakian ramai manusia dok berluma-lumba membina bangunan yang paling boleh menjadi pencakar langit.. Justeru itu, membolehkan negara itu menjadi omongan sekalian rakyat di dunia, dan juga menaik nama nagara mereka dan mercu tanda (landmark)..



so, kat sini aku nak kongsikan bakal bangunan yang akan jadi pencakar langit after last yang dulu aku blaja BURJ DUBAI...





Nakheel Tower
Dubai, UAE.  2020
200+ floors
1400 m (4593 ft)


Pingan International Finance Center Tower 1
Shenzhen, China.  2014
115 floors
646 m (2119 ft)



Shanghai Tower
Shanghai, China.  2014
128 floors
632 m (2074 ft)


Chicago Spire
Chicago, USA.  2014
150 floors
610 m (2000 ft)


Goldin Finance 117
Tianjin, China.  2014
117 floors
597 m (1959 ft)


Makkah Royal Clock Tower Hotel
Mecca, Saudi Arabia.  2011
85 floors
591 m (1939 ft)


Doha Convention Center Tower
Doha, Qatar.  2013
112 floors
551 m (1808 ft)



World Trade Center One
New York, USA.  2013
105 floors
541 m (1776 ft)



Pentominium
Dubai, UAE. 2013
112 floors
516m (1692 ft)



Burj Al Alam
Dubai, UAE. 2013
108 floors
510 m (1674 ft)

sumber dari: http://www.evolo.us/architecture/worlds-10-tallest-buildings-under-construction/

Tetapi adakah mereka ada memikirkan bahana nya? Kesan dari sebelum, semasa jua selepas pembinaannya?
Setiap rentetan pembinaan bangunan semestinya mempunyai kesan, samada kesan itu positif mahupun negatif.. Apa yang pasti kemungkinan sukar untuk ku ungkapkan tapikan....
Dulu, masih ku ingat lagi omongan lecturer aku.. dia kata macam ni "Semakin berlumba2 manusia menunjukkan kehebatan masing-masing, semakin alpa pada nikmat dunia, semakin tinggi bangunan pencakar langit di bina semakin dekat kite pada hari kiamat" lebih kurang macam tu lah nak betol2 kena rekod lah apa yang dia cakap..

Beginilah manusia akhir zaman apabila bermula2 mencari kehebatan dunia yang hanya sementara..

Peringatan untuk diri sendiri dan bersama..