CORETAN

Hanya sebuah coretan dari seorang yang hidupnya di dunia hanya sementara dan hanya pinjaman seketika.

Walaupun rase pahit ke? masin ke? masam ke? Perjuangan hidup mesti diteruskan selalu think +ve.
INSYAALLAH,jiwa kita akan tenang.. sebab apa?? sebab Allah sentiasa dekat dengan kita.. PERCAYALAH.. >(^.^)<

Khamis, 8 November 2012

Kisah Baby dalam rahim~~

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???

Selasa, 23 Oktober 2012

Bestnya jika tertunai~~

Dingggg.... Dingggg...

Entah apa yang di fikiranku saat ini..
Macam-macam ku fikirkan.. Apa yang tekak aku idamkan.. 
Adakah boleh jadi suatu kenyataan? 
Jika ia mimpi ataupun fantasi dan berubah menjadi realiti dan terjadi..
Memang alangkah indahnya. Tapi aku harus bertahan..
Yeahhhhhh~~
hahaha.. Suara ninja keluar.. Adoii...
Petang macamni dengan mata dah sepoi-sepoi ala-ala, jika di tiup air-cond+kipas sure boleh terlelap...
Geeeeeeeeeerrrrr~~~~~
Tapi perutku berkeroncong irama padang pasir, lagu salsabilah tu.. hahaha..

Sebenarnya tekakku, lidahku, mulutku hari ini.. Ada taste yang tinggi..
Alangkah bahagia aku dapat makan kek secret recipe ala-ala yang macam aiskrem bukan yang banyak butter... tak minat sangat sebab bau lembu dan cepat muak dek tekak aku yang manja ini.. hahaha..


this my favorite cake~~~ ade sape nak belanje tak?


Ini baru pencuci mulut..
Makanan pulak kalau boleh nak chicken chop..
lebih kurang yang macamni la.. sekarang ni yang aku pernah makan kat area kuala selangor dekat Restoren Bukit Malawati belakang Bank rakyat, Restoren Nasi Ayam Gemas, Secret recipe dan Nenek moden dekat One Plaza..
Antara 3 tempat yang aku makan tu.. yang paling sedap dekat Nenek moden dan Secret recipe..
Hihihi..
Memang debooom~~~
Memang debooom~~ bukan ade bom. Tapi sedap. Kenyang sampai malam..

Rasa-rasa ada orang nak belanja aku tak??
hishhh~ mengharap lak.. tak baik..
Nak makan kita kena usaha sendiri.. kan? kan?




Selasa, 16 Oktober 2012

Sejenak~

Apa yang terbaik untuk kita,
Adakah ia juga terbaik untuk Allah?
Kadang-kadang kita merasakan sesuatu keputusan yang cukup baik kita putuskan, perancangan terbaik yang kita buat.
Tapi kadangkala makan diri kita sendiri. kerna tak semua yang baik itu adalah yang terbaik untuk kita.
Barangkali yang buruk kita rasakan adalah yang terbaik dari Allah. 
Allah maha Mengetahui yang terjadi di langit dan di bumi.
Dia yang mencipta alam semesta alam. dan pencipta diri kita. Kita hanya hambanya.
Yang perlu tidak jemu meminta padaNYA. Dia yang berKuasa atas segalanya.
Allah juga lah perancang terhebat, jika hanya artis di atas bumi yang sementara ini.
Kita hendaklah sentiasa sabar menghadapi segala ujian dariNYA mungkin
ada hikmah disebalik yang berlaku.

JOM berdoa~~

"Ya Allah, janganlah Engkau palingkan diriku, ibubapaku, sahabat-sahabatku, keluargaku, kaum muslim,muslimat di muka bumi ini, setelah Engkau berikan kami hidayah"
Amiinn~~

Isnin, 15 Oktober 2012

Memang Menduga Diri

Jam menunjukkan 7.00 pagi…

Dumm…dumm..  

Bunyi  seperti meriam. Tapi musim sekarang bukanlah musim perayaan, sebaliknya itu adalah bunyi guruh dari langit. Alhamdulillah, Allah menurunkan rahmatnya kepada umatnya yang sering memerlukan putarannya. Tidak selalu panas dan juga tidak selalu hujan. Seperti lagu jua, bak kata pepatah “di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari”, inilah rencah duniawi.
Dengan penciptaan yang sangat sempurna dari PENCIPTANYA Allah yang ESA. Terima kasih KEKASIH ABADIKU..

Pagi mundar mandir aku menjenguk ke tingkap, lalu bermonolog sendirian.
“Alamak, hujan. Lebat pulak tu. Boleh ke, hari aku drive kereta?”
Pengalaman untuk memandu kereta sendirian merupakan pengalamanku yang pertama.
“Yah, hujan lebat ni. Jangan lupa sarapan dulu.” Laungan emak memacahkan monolog sendirianku sebentar tadi.
Pagi-pagi seorang yang bergelar emak akan memastikan anaknya mengisi perut sebelum memulakan sesuatu kerja kecuali jika kita berpuasa.
“Baik, mak. Tapi nak gosok tudung dulu, nanti senang.” Aku menjawab pertanyaan emak.

Tanpa berlengah sekejap sahaja jam di dinding rumah menunjukkan pukul 7.25pagi. Aku bergegas turun tangga.
“Alamak kucing ni, manjanya.” Amel kucing emakku mahu meminta perutnya di isi juga dengan mengesut badannya ke kakiku. Aku memahami karenahnya manja.
“Sayang, cepat sini makan. Aku dah lambat jugak ni, amel makan ea?” Aku bercakap dengannya. Dan meninggalkan dia untuk makan sedirian.

Aku meluru menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum makan. Apa yang selalu aku kena amalkan adalah minum air kosong dahulu sebelum makan. Selepas itu, aku terus membuka tudung saji melihat apa yang emak sajikan dan terus makan. Jangan banyak komen apa yang emak masak, itu prinsip penat-penat emak masak, apa sahaja yang terhidang pasti aku makan. Terima kasih emak. Aku sayang emak.

Sedar tak sedar, jam sangat mencemburuiku.
Jam 7.35 pagi. Sekejap saja. Aku bersiap-siap untuk pertama kalinya akan memandu kereta yang diberi kepercayaan dari bos untuk ku bawa ke pejabat hari.

Hujan, mulai renyai. Hatiku tidak putus-putus berzikir memohon perlindungan dari ALLAH.
“Alamak kena keluarkan kereta abang dulu baru boleh guna kereta company” aku bermonolog sendiri.

Tak sampai beberapa minit, aku telah berada di dalam kereta company. Kereta Iswara lama.
Alhamdulillah, kepercayaan yang ku perolehi akan ku guna sebaiknya. Enjin telah aku hidupkan. Alhmadulillah sekali saja.

Bismillahirahmanirahim
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

Aku meluru dengan gear satu, selepas membaca doa, mata emah dan abah mengiringi pemergian ku ke menusur keluar ke jalan raya.
“Ya Allah permudahkanlah perjalananku” aku berbisik pada hatiku.

Perjalananku berjalan dengan lancer, tetapi setibanya di Pasir Penambang ke Jambatan Kuala Selangor, hujan semakin lebat,memang menguji diriku saat itu. Rasa mengelabah juga sebab keseorangan . dan tiba-tiba teringat pesanan Mr. Doc.
“Jika bawak kereta hilangkan perasaan gelabah dan cemas sebab akan membahayakan diri, lagipun kereta yang awak naik tidak ada power stereng. Hati-hati tau.” Begitulah pesanannya. Comelkan? 

Aku mula memperlahan kenderaan kerana banyak kenderaan untuk menghala ke selekoh. Aku pula mula memberi signal ke kanan untuk membelok dan menuju ke pejabat.

Alhamdulillah. Sampai juga.
Masuk pejabat dan punch card, itulah rutin dan peraturan pejabat masuk sebelum pukul 8.30 pagi, tetapi jam di tangan ku belum menunjukkan jam 8.30pagi sebaliknya jam 8.20pagi. telefon bimbit aku capai untuk memberi perkhabaran pada emak dengan ketibaan ku ke pejabat dengan selamat.

Laju tangan menaip, bukan panjang Cuma sekadar pemberitahuan.
“Emak, dah sampai ofis, Alhamdulillah” begitulah pesanan, ringkas dan padat.
Aku duduk dan menghidupkan aircond jua computer.

Tiba-tiba seorang lagi office mate ku Susan(bukan nama sebenar) datang.
Sejurus melihatku terus dia menyapaku yang sedang khuyuk melihat internet, pagi-pgi selalu akan buka facebook, membaca komen rakan-rakanku.

“Hari ni you mali bawak kereta mey. Ke sebab hujan hari ni you bawak kereta” kata Susan kepadaku. Masa itu aku dah merasai semacam sahaja dengan pertanyaan dia. Nampak seperti negative pemikirannya terhadapku.
“Tak jugak” ringkas jawapanku. Sebenarnya perasaanku masih berasa berdebar-debar lagi, tapi pagi-pagi dia bertanya aku menjawab sahaja. Ku kira perbualan ku tamat, rupanya jangkaanku meleset.
“Pastu, kalau tak hujan you memang tak nak bawak la kan?” kata Susan.
“Aiseh.. YaAllah, sabarlah hati ini ujianmu” aku bermonolog sendirian,lalu berkata:
“ Tak da Susan, memang saya akan bawa. Tak sangka hujan lebat hari ni”
“You dari rumah tadi memang sudah hujan ka?” pertanyaan yang ku tidak mengerti hujung pangkal.
“Tadi kat rumah hujan tak lebat, sampai kuala Selangor hujan lebat” Jawapan jujur yang sekadar dapat memuaskan hati Susan.
“You punya wiper kereta ok tadi?” Susan cuba menukar topic, hatiku riang gembira.
“Biasa sahaja,ok tak da apa-apa masalah” Aku jawab bersahaja.

********************************************
Perasaan berbagai bila kali pertama menaiki kereta berseorang. Dalam kereta banyak bermonolog sendirian dan jua berzikir.. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dalam lindungan Allah.
Amiinn.. (^.^)

Sabtu, 13 Oktober 2012

1st TimE...Macam2~~

Semalam mengukir kenangan jua pengalamanku.. dimana semalam hari pertama aku 
jadi driver pergi ke Pekan Tg Karang.. Huuyyoooo~~
Nak tahu tak setelah sekian tahun aku dapat lesen tahun 2010, ni lah
pengalaman pertamaku drive pergi isi minyak di Tg Karang.. 
Thanks to mybrother a.k.a Ahmad Fitri dan jua ibu tercinta kerna jadi peneman.
Manalah aku berani, pergi drive sorang2.. SERAMMMM~~ macam2 fikiran kotor yang negatif aku terfikir..
Mungkin aku banyak tengok accident, time aku naik motor..

***********
Atas rasa keperikemanusiaan kepada seorang pekerja MELAYU.. hahaha..
sebenarnya aku dapat kereta ni..
Ini bukan kereta aku.. Tapi company punya.. Bos yang suruh bawak balik..
Kereta lama Iswara manual..
Sebab apa aku yang kena bawak balik???
Sebab my engineer baru tu juz tau bawak kereta auto.. so, aku dah pujuk bos suruh jual dia tetiba offer kat aku suruh aku katanya nanti hujan senang..
Actually before this my site supervisor yg bawak, tapi die dah berhnti..
Tapikan before this, macam die pujuk suruh aku beli kereta, dari yang second hand sampai la yang baru..
siap offer diri nak bayar pendahuluan, aku ni kan suke jual mahal..
ALASAN UTAMA, nantila tanya mak and abah dulu, memang sampai kesudah aku diam..
TUPPP~~TUPP.. after my site supevisor berhnti, tanpa keluarkan duit aku pun terima la kereta ni..
TAPI kan ade jugak yang cemburu.. 
Diorang cina ni suruh bawak balik ari isnin..
aku suruh mybro ni datang ambil kereta kat office..
Ttbe esok nya my accountant ni taye "Rabiya mane you puyer kereta tak da bawak mali ka? you aa kalau next week tak da bawak mali, tak payah bawak la.. you pulangkan balik"
Nak dipendekkan cerita everyday, the same answer she ask..
Jadi apa pandangan kalian??
Aku bukan nak berfikiran negatif tapi sangat ketara dia seperti cemburu.. dia dah kerja hampir 7TAHUN..
tapi kepentingannya tak nampak..
 
Hep~~ Astagfirullah... mengucap rabiya~~~
Tapikan mak kata kalau diorang stay mengungkit... pulang je balik.. sedangkan bos tak kata apa2 pun..
dia je yang lebih kata macam tu~~

*************

So malam tadi bawak kereta mak kata aku cam bawak lori, mungkin kereta lama, 
keras sterengnya.. 
Adoooiiii~~ berapa kali mak jerit pun tak tahu..
Takut katanya..
Adik kat sebelah bagi tunjuk ajar.. jua tukang gelakkan..
Anyway.. ThankSSS~~

 ***********

Aku berani bawak kereta kat kawasan kampung je, jalan raya besar tak da keyakinan lagi,
Jika aku bawak jugak, if something happen with me, diorang akan bertanggungjawab ke?
Diorang cakap senang,, sebab setiap perasaan yang dirasakan oleh seseorang adalah berlainan..Betolkan??

Selasa, 9 Oktober 2012

Aku Terima Nikahnya~ Movie 2012

Lame menanti cerita ni.. dari awal tahun.. 
Akhir nya.. Lusa akan keluar dekat pawagam.. 
Yeah!!

Ini sinopsis cerita nyer..

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.



Adi Putra nyanyi...
Inilah liriknya~~

Ku kesali diriku tuk menyayangimu
Kata kata manismu membuat aku percaya kamu
Tak pernah sekalipun membelakangi mu
Sumpah janji setiaku hanya untuk hanya dirimu

Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka
Biarkan aku terseksa
Sampai bila pun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka
Shalalalalalala biarkanlah
Terrrrr ~~~ terus terluka

** Mengapa kau berubah
Cobalah untuk setia
Dan hanya memendam rasa
Tiada kasih tiada cinta

Biarkan aku terus terluka ( terluka )
Biarkan aku terseksa ( terseksa )
Sampai bilapun tiada gunanya kau hanya kan mendapat

Ku kesali diriku tuk menyayangimu


Sedih jer cerita ni~~